Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Thursday, 15 March 2012

Filem 7 Petala Cinta Membuatkan Diana Amir Terdetik Bertudung

Rasanya ramai yang mengetahui kisah bagaimana Diana Amir membuat keputusan untuk berhijrah memakai tudung. Daripada apa yang didengar, khabarnya Diana Amir mendapat mimpi yang serupa selama 3 hari berturut-turut. Namun sebelum kejadian tersebut, hati Diana Amir telah terdetik untuk bertudung selepas berlakon dalam filem 7 Petala Cinta.

diana amir 10 petala cinta


Ditemubual oleh wartawan Murai semasa majlis preview filem 7 Petala Cinta, Diana Amir berkata:-

Ketika mula penggambaran filem ini pada awal tahun lepas, saya belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Namun selepas menjalani penggambaran filem itu, saya mula selesa dan tergerak hati untuk berhijrah. Saya ada menyatakan hasrat tersebut kepada Azahari (pengarah) dan dia pun memberi respon yang baik walaupun agak terkejut pada mulanya. Walaubagaimanapun,selepas habis penggambaran filem tersebut, saya masih lagi belum berhijrah sepenuhnya sehinggalah saya benar-benar bersedia pada September tahun lalu.
Siapa sangka daripada sekadar lakonan sahaja berjaya menggerakan hati Diana Amir untuk memakai tudung sepenuhnya. Kalau boleh selepas ini pengarah dan penerbit filem banyakkanlah lagi watak wanita bertudung. Mungkin daripada situ nanti ada kesannya. Tak gitu?

Lagi 9 gambar terbaru Diana Amir dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MigOnline.

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 
Read More

Izara Aishah Hiasi Muka Depan Majalah By'U

Awek pujaan ramai sekarang ini pada pendapat saya tak lain tak bukan ialah Izara Aishah. Semua ini kerana drama Vanilla Coklat yang telah tamat semalam. Dengar cerita ramai jugak yang hadir untuk menonton episod terakhir Vanilla Coklat di Rasta TTDI semalam. Yang hadir pastinya gembiranya kerana dapat berjumpa dengan Izara.

izara aishah

Apa yang saya kagumi dengan Izara Aishah ialah sikap keterbukaannya. Izara tanpa segan silu mengakui yang hatinya sudah berpunya. Senang cerita, dah ada pakwe la. Ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah selebriti lain yang memang kalau boleh taknak mengaku walaupun dah kantoi terang-terangan. Saya rasa Izara faham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekarang yang lebih memandang bakat berbanding kisah kontroversi.

Apa pun jangan lupa dapatkan majalah By’U keluaran April 2012 yang sedang hangat di pasaran kerana ada Izara Aishah selaku cover. Kepada Izara, saya doakan kejayaan anda di dalam bidang lakonan. Kekalkan sikap merendah diri, bebas kontroversi dan paling penting, teruskan mendalami ilmu lakonan sebanyak mana yang boleh.
Read More

Friday, 9 March 2012




AARON Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis yang lain seperti Aznil Nawawi, Salleh Yaakob, Nabil, Johan Raja Lawak dan Zahid AF yang menjadi penyampai radio, sebaliknya hero filem Ombak Rindu itu bakal mempunyai slot sendiri untuk merungkai segala masalah cinta pendengar radio yang dikenali sebagai Dr. Love!.

Tawaran itu datang dari stesen radio terkenal, Era FM di bawah syarikat yang sama menawarnya kontrak sebagai artis naungan iaitu Astro.Enggan menolak peluang keemasan yang diberi di depan mata, Aaron mengakui teruja dengan tawaran tersebut dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan menjawab sebaik mungkin terhadap segala masalah yang diutarakan pendengar radio.

"Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam.
"Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Sepetang Bersama Tiga Artis Naungan Astro iaitu Aaron Aziz, Johan dan Zizan Raja Lawak di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Menerima tawaran sebagai Artis Naungan Astro, bapa kepada dua cahaya mata itu mempunyai alasan tersendiri tentang kesudiannya kembali 'ditambat' sedangkan kerjayanya dilihat sudah cemerlang tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

"Sebelum ini, ketika saya menandatangani kontrak Wajah Eksklusif Astro memang saya hanya boleh tampil di dalam saluran Astro sahaja tetapi, menerusi pembabitan sebagai Artis Naungan Astro, saya bebas untuk menerima semua tawaran daripada stesen-stesen lain. Isteri saya juga masih boleh menguruskan kerjaya saya.

"Tidak hanya terhad pada dua perkara itu sahaja, Astro juga mengatur segala jadual lakonan saya malah memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan slot radio sendiri, menjadi penerbit juga mempromosikan single terbaharu saya bersama Sleeq," tuturnya yang kini menceburi bidang muzik pula.

Projek pertama Aaron yang disusun Astro apabila dia bakal beraksi menerusi drama 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn. Bhd. diikuti beberapa projek seperti drama, filem, muzik video dan juga duta produk.

Dalam diam-diam juga, Aaron rupa-rupanya mencipta sebuah lagu mengenai diri dan keluarganya. Malah, Aaron juga akan muncul dengan duet lagu ciptaannya yang berjudul Salam Semua bersama artis naungannya iaitu kumpulan Sleeq.

Mengaku pada mulanya kurang yakin dan malu untuk menjadi penyanyi, namun atas sokongan isteri, Aaron akhirnya bersetuju menyanyikan lagu tersebut.

"Saya memang tak yakin dan malu untuk menjadi penyanyi, tapi saya juga tidak mahu menyerahkan lagu itu kepada orang lain sebab ia adalah mengenai keluarga saya. Saya yang lebih tahu dan boleh menjiwai lagu tersebut," dedah Aaron yang merancang untuk mengeluarkan lagu tersebut pada bulan ini.

Sayang anak-anak

Isteri Aaron, Diana yang setia di sisinya turut ditebak soalan mengenai Aaron. Bercerita tentang sikap Aaron, Diana mengakui Aaron seorang bapa yang sangat penyayang.

"Dia memang tak boleh berpisah terlalu lama dengan anak-anak. Pernah sekali ketika penggambaran di London, penggambaran sudah masuk empat hari. Dia telefon saya minta beli tiket dan datang ke London dengan anak-anak kerana terlampau rindu. Kalau ikutkan hati memang saya mahu sahaja tetapi bila fikir duit yang akan dibelanjakan boleh tukar semua perabot di rumah dengan masa penggambaran yang hanya tinggal untuk beberapa hari sahaja, saya minta dia bersabar," ujarnya dengan sedikit ketawa.

Diajukan pula soalan mengenai lakonan romantis Aaron di samping ramai pelakon wanita, tanpa berselindung Diana mengakui ada merasa sedikit cemburu namun menganggap ia sudah menjadi kerjaya suaminya.
Dedah Diana, cemburu dia bagaimanapun tidak melebihi seperti anak lelakinya, Danish Anaqi, 8, dan anak perempuannya, Dwi Arinna, 6.

"Danish pernah cakap, Daddy ambil cerita aksi sahaja, jangan ambil cerita cinta'. Sebaliknya Dwi lebih kepada perasaan dia. Bila dia tengok ayah dia berlakon mesra dengan orang lain dia akan cemburu," ujarnya sambil ketawa. Pasangan bahagia ini turut mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Dahlia Arissa, 2

Tubuh yayasan

DARI kiri: Kerjaya Johan, Aaron dan Zizan kini diuruskan oleh pihak Astro.

Mungkin ada peminat yang masih belum mengenali sisi sebenar Aaron. Sejak umurnya setahun, dia sudah kehilangan bapa yang kembali ke rahmatullah.

Atas dasar kepayahan yang dilalui sejak daripada kecil dan rezeki yang semakin mencurah kini, Aaron mengambil keputusan menubuhkan yayasan sendiri. 

"Hati saya sentiasa terusik setiap kali melihat anak-anak yatim. Saya faham betapa sukarnya hidup mereka tanpa kasih sayang ibu bapa. Saya pernah melaluinya apabila membesar tanpa kasih sayang seorang bapa, tapi mujur saya masih mempunyai ibu dan dialah menjadi pelindung saya. 

"Disebabkan itu, saya bercadang menubuhkan sebuah yayasan untuk membela nasib anak-anak terbiar. Jangan disalah tafsir niat saya, ia bukan bertujuan mencari publisiti tetapi saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab sosial serta berasakan mereka layak menerima kehidupan yang sempurna," ujarnya mengenai hasratnya itu sambil mengharapkan ada pihak yang sudi membantunya melaksanakan hasratnya itu.
Read More

Fasha Sandha Sebelum Bersuami


As-Salam.
Fuh .. tahun 2012 ni banyak betul cerita dan kisah selebriti terkenal kahwin dan nikah ... alhamdulillah .. bagus bagus .. yelah, dari asyik dok bercerita kisah rumahtangga berantakan, baiklah kongsi cerita kisah cinta yang akan diakhiri dengan sebuah ikatan sah pernikahan, ye tak? Dan antaranya yang menarik perhatian ramai ialah pernikahan Fasha Sandha dengan Jejai yang bakal diadakan di Ampang.





Kali ini, Fasha Sandha sudah pun rasmi diketahui akan bernikah dengan Jejai atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Dikhabarkan pasangan Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal ini akan bernikah sekitar penghujung April 2012, dan banyak sumber mengatakan majlis akad nikah akan dilakukan di Ampang, iaitu di rumah baru Fasha Sandha pemberian Jejai pada 29 haribulan April.

Majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dengan Jejai akan dilakukan di Perlis dan bagi pihak lelaki, majlis tersebut akan dilakukan di sebuah lokasi di luar negara.

Apapun, Tahniah buat keduanya.

Foto Terkini Fasha Sandha Sebelum Bergelar Isteri














Read More

JJCM Musim Baru Membosankan...??




As-Salam.
Tak sempat tengok Jalan-Jalan Cari Makan Musim Baru 2012 (JJCM) Episod 1 yang bersiaran tengahari tadi di TV3. Musim baru, makanya pengacara pun baru ... tidak dan bukan lagi selebriti kegemaran HH - Qi Razali.

JJCM 2012 Musim Baru ini mengengahkan 2 muka baru dalam bidang pengacaraan iaitu Iqbal - Juara Pilih Kasih Musim Pertama serta Shiha Mentor.


Apa reaksi penonton episod pertama? HH difahamkan episod pertama ini menjemput Shamsul Ghau-Ghau sebagai artis jemputan, dan ramai yang telah menonton memberikan komen bahawa episod pertama tidak best .... erkkk perghhh tidak best langsung - kata sesetengah pendapat di Fan Page TV3 dan juga Fan Page JJCM TV3.

Ramai kata, bukan HH kata doh .. program JJCM musim baru meniru gaya Ho-Chak sebuah rancangan serupa yang bersiaran di 8TV. 


Yang malang ialah, dua pengacara baru ini menjadi mangsa kritikan ramai penonton. Dan menariknya ialah ramai mahukan Qi Razali kembali menjadi hos rancangan ini kerana lebih sempoi dan lebih menarik.

Apapun, ini baru episod 1 musim baru ... jadi banyak lagi ruang untuk diperbaiki. Harap komen2 yang diterima dari penonton boleh dijadikan sebagai satu acuan perubahan untuk lebih mantap. Kita kan ke belajar dari kesilapan .. ye tak? Jangan marah2 ehh ... :P

Komen-Komen Penonton Episod 1 Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Musim Baru 2012


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena