Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts

Thursday, 15 March 2012

Izara Aishah Hiasi Muka Depan Majalah By'U

Awek pujaan ramai sekarang ini pada pendapat saya tak lain tak bukan ialah Izara Aishah. Semua ini kerana drama Vanilla Coklat yang telah tamat semalam. Dengar cerita ramai jugak yang hadir untuk menonton episod terakhir Vanilla Coklat di Rasta TTDI semalam. Yang hadir pastinya gembiranya kerana dapat berjumpa dengan Izara.

izara aishah

Apa yang saya kagumi dengan Izara Aishah ialah sikap keterbukaannya. Izara tanpa segan silu mengakui yang hatinya sudah berpunya. Senang cerita, dah ada pakwe la. Ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah selebriti lain yang memang kalau boleh taknak mengaku walaupun dah kantoi terang-terangan. Saya rasa Izara faham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekarang yang lebih memandang bakat berbanding kisah kontroversi.

Apa pun jangan lupa dapatkan majalah By’U keluaran April 2012 yang sedang hangat di pasaran kerana ada Izara Aishah selaku cover. Kepada Izara, saya doakan kejayaan anda di dalam bidang lakonan. Kekalkan sikap merendah diri, bebas kontroversi dan paling penting, teruskan mendalami ilmu lakonan sebanyak mana yang boleh.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena