
Apa yang saya kagumi dengan Izara Aishah ialah sikap keterbukaannya. Izara tanpa segan silu mengakui yang hatinya sudah berpunya. Senang cerita, dah ada pakwe la. Ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah selebriti lain yang memang kalau boleh taknak mengaku walaupun dah kantoi terang-terangan. Saya rasa Izara faham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekarang yang lebih memandang bakat berbanding kisah kontroversi.
Apa pun jangan lupa dapatkan majalah By’U keluaran April 2012 yang sedang hangat di pasaran kerana ada Izara Aishah selaku cover. Kepada Izara, saya doakan kejayaan anda di dalam bidang lakonan. Kekalkan sikap merendah diri, bebas kontroversi dan paling penting, teruskan mendalami ilmu lakonan sebanyak mana yang boleh.
2 comments:
Really a great post.I liked it and i will share it with others too.
1988 Mazda B-Series Truck AC Compressor
@sheena thanx sheena..:D
Post a Comment