Thursday 15 March 2012

Filem 7 Petala Cinta Membuatkan Diana Amir Terdetik Bertudung

Rasanya ramai yang mengetahui kisah bagaimana Diana Amir membuat keputusan untuk berhijrah memakai tudung. Daripada apa yang didengar, khabarnya Diana Amir mendapat mimpi yang serupa selama 3 hari berturut-turut. Namun sebelum kejadian tersebut, hati Diana Amir telah terdetik untuk bertudung selepas berlakon dalam filem 7 Petala Cinta.

diana amir 10 petala cinta


Ditemubual oleh wartawan Murai semasa majlis preview filem 7 Petala Cinta, Diana Amir berkata:-

Ketika mula penggambaran filem ini pada awal tahun lepas, saya belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Namun selepas menjalani penggambaran filem itu, saya mula selesa dan tergerak hati untuk berhijrah. Saya ada menyatakan hasrat tersebut kepada Azahari (pengarah) dan dia pun memberi respon yang baik walaupun agak terkejut pada mulanya. Walaubagaimanapun,selepas habis penggambaran filem tersebut, saya masih lagi belum berhijrah sepenuhnya sehinggalah saya benar-benar bersedia pada September tahun lalu.
Siapa sangka daripada sekadar lakonan sahaja berjaya menggerakan hati Diana Amir untuk memakai tudung sepenuhnya. Kalau boleh selepas ini pengarah dan penerbit filem banyakkanlah lagi watak wanita bertudung. Mungkin daripada situ nanti ada kesannya. Tak gitu?

Lagi 9 gambar terbaru Diana Amir dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MigOnline.

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

1 comments:

Mysara Ab Rahman said... [Reply to comment]

bagus la mcm ni..ada prubahan pd dri slps mmbwakn watak yg +ve..mga2 byk g artis yg cm ni after this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena