Friday, 9 March 2012

JJCM Musim Baru Membosankan...??




As-Salam.
Tak sempat tengok Jalan-Jalan Cari Makan Musim Baru 2012 (JJCM) Episod 1 yang bersiaran tengahari tadi di TV3. Musim baru, makanya pengacara pun baru ... tidak dan bukan lagi selebriti kegemaran HH - Qi Razali.

JJCM 2012 Musim Baru ini mengengahkan 2 muka baru dalam bidang pengacaraan iaitu Iqbal - Juara Pilih Kasih Musim Pertama serta Shiha Mentor.


Apa reaksi penonton episod pertama? HH difahamkan episod pertama ini menjemput Shamsul Ghau-Ghau sebagai artis jemputan, dan ramai yang telah menonton memberikan komen bahawa episod pertama tidak best .... erkkk perghhh tidak best langsung - kata sesetengah pendapat di Fan Page TV3 dan juga Fan Page JJCM TV3.

Ramai kata, bukan HH kata doh .. program JJCM musim baru meniru gaya Ho-Chak sebuah rancangan serupa yang bersiaran di 8TV. 


Yang malang ialah, dua pengacara baru ini menjadi mangsa kritikan ramai penonton. Dan menariknya ialah ramai mahukan Qi Razali kembali menjadi hos rancangan ini kerana lebih sempoi dan lebih menarik.

Apapun, ini baru episod 1 musim baru ... jadi banyak lagi ruang untuk diperbaiki. Harap komen2 yang diterima dari penonton boleh dijadikan sebagai satu acuan perubahan untuk lebih mantap. Kita kan ke belajar dari kesilapan .. ye tak? Jangan marah2 ehh ... :P

Komen-Komen Penonton Episod 1 Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Musim Baru 2012


2 comments:

HasrulHassan [HH] said... [Reply to comment]

As-Salam. Entri inilah yang dijadikan sandaran dalam laman blog beautifulnara.com baru2 ni. HH hanar kepada abang nara ...terus dapat banyak trafik dari sana. :)

duniawikini said... [Reply to comment]

waahh..sronok la mcm tu..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena