Monday 13 February 2012

Talha Seronok Jadi Cikgu


Pelakon cun Talha Harith nampaknya semakin ramai peminat. Bukan sahaja sebab dia cun, tapi lakonan dia juga berkesan dan dapat menarik minat penonton. Itulah untungnya kalau seseorang pelakon tu ada ilmu dalam bidang dia ya.

Talha ni ada diploma lakonan dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Status itu membuatkan dia dapat undangan jadi pengajar lakonan di sekolah pula. Kiranya Abang Talha ni dah jadi cikgulah. Cayalah Talha.


TALHA JADI CIKGU PULA.

Talha sekarang mengajar di sekolah-sekolah yang ada kelab seni lakon. Projek itu di bawah Finas yang menubuhkan kelab seni lakon bagi mendekatkan remaja dengan dunia lakonan. Dia salah seorang guru yang dipertanggungjawabkan.

"Alhamdulillah saya seronok dapat mendekati remaja yang meminati seni lakon. Saya juga boleh gunakan ilmu lakonan yang saya ada untuk dicurahkan kepada mereka," kata Talha kepada Mangga Online.

Talha akui ada kalangan pelajarnya itu yang mengenalinya melalui drama lakonannya. Ada juga yang teruja bila dapat belajar dengannya.

"Saya sendiri memang ada hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang lakonan ini tapi kena tangguh dulu sebab sekarang ini sibuk dengan tawaran berlakon," kata Talha.

Kan untung tu bila kita ada ilmu. Setidak-tidaknya boleh memperbanyakkan ruang lingkup kerjaya. Tak perlu tunggu dah veteran baru nak jadi pengajar. Semasa muda dan cergas ni lah masa untuk memperbanyakkan aktiviti sebab tenaga masih banyak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena