Monday, 13 February 2012

Saya Bukan Model Pakaian Dalam Itu – Syatilla


Saya Bukan Model Pakaian Dalam Itu - Syatilla

La Senza merupakan jenama pakaian dalaman wanita terkenal dari Kanada.
Sehingga kini ada 300 cawangannya yang telah dibuka di 30 buah negara di seluruh dunia
Lantas siapa yang dilantik menjadi duta atau yang dipilih menggayakan produknya boleh dikatakan hebatlahkan.
Tiba-tiba kecoh dikatakan seorang pendatang baru dalam dunia hiburan ini, Syatilla Melvin terpilih sebagai salah seorang model pakaian dalam tersebut.
Semuanya gara-gara sebuah klip video lakonannya yang dimuatkan dalam laman Youtube.
Dengan aksi yang ‘boleh tahan’, dia yang lebih dikenali sebagai Tilla, meliuk-lentuk tubuhnya dengan diiringi lagu terkenal, Perhaps, Perhaps, Perhaps.
Kemudian dalam klip yang berdurasi 1:47 itu, Tilla ada menyebut perkataan La Senza…secara tak langsung tentu ramai yang ingat dia jadi model jenama itu, rupanya tidak!
“ Sebenarnya, video tersebut telah disalah anggap oleh pihak tersebut. Mungkin, tajuk video tersebut telah dimanipulasi oleh pihak tersebut atas motif tertentu sehingga mengakibat orang ramai terpengaruh.
” Video itu merupakan coursework untuk kawan-kawan saya yang baru belajar menggunakan video kamera. Jadi, mereka minta bantuan saya untuk mengayakan beberapa aksi yang mungkin kelihatan mengiurkan di mata masyarakat,” jelas Tilla seperti yang dipetik dalam laman Ohbulan.
Tegas Tilla, video itu memang bukan dibuat untuk La Senza.
Lagi pun, katanya, sebagai orang Islam, dia sedar dan akur dengan sensitiviti orang ramai.
Pada masa yang sama, bintang drama BFF terbitan TV3 ini turut menyuarakan kekesalannya berkenaan video tersebut.
“Saya minta maaf andai kata ada pihak yang terguris apabila menonton video tersebut. Saya akan pastikan peristiwa sebegini tidak berlaku lagi di masa hadapan.” katanya.
Adakalanya penulis hairan dengan artis-artis baru kita, kalau dah tahu awal-awal lagi perkara macam ni boleh menimbulkan salah faham masyarakat, janganlah buat.
Ini bila dah cetus kontroversi, baru kelam-kabut nak minta maaf…ke memang saja nak undang kontroversi? Entahlah. - mynewshub

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena