Monday, 13 February 2012

Nenek Dirogol Ketika Kutip Durian Di Kebun

Nenek Dirogol Ketika Kutip Durian Di Kebun



BENTONG – Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.
Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.
“Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol. – BHarianOnline

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena