Monday 13 February 2012

Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam Dan Penulis Maya Kebangsaan 2012

Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam Dan Penulis Maya Kebangsaan 2012



Kelab Sahabat Bina Negara akan menganjurkan Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 pada 17-19 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Ia dijangka dihadiri lebih 300 peserta yang akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau akan menyampaikan ucaptama pada 19 Februari pukul 11 pagi.
Himpunan ini akan membincangkan isu-isu semasa di kalangan umat Islam di Malaysia dan berusaha mencari kesepakatan serta penyelesaian dalam konsep menyatukan pemikiran ummah dan menyusun langkah-langkah kesederhanaan (wassatiyyah) Islam dalam tindakannya yang selaras dengan wawasan Perdana Menteri sendiri.
Sasaran utama himpunan ini adalah menyatupadukan dan mewujudkan kerjasama intelektual antara golongan ulama, cendekiawan Islam dan penulis-penulis maya.
Antara objektif utama himpunan ini adalah;
a) mendedahkan isu-isu penting semasa negara dari segi perspektif Islam dan peranan penulis maya
b) meningkatkan kefahaman individu khususnya penulis maya mengenai konsep wasatiyyah dalam Islam serta kaitannya dengan misi dan visi negara
c) mengetengahkan  pemikiran dan idea sarjana-sarjana Islam
d) mempertingkatkan kefahaman terhadap usaha transformasi 1 Malaysia berdasarkan pendekatan Islam yang unggul dan memaksimumkan input dalam ruang media alternatif
Sebarang pertanyaan berkenaan perhimpunan ini , pihak media bolehlah menghubungi talian 03-80636562 atau Setiausaha Agung, Azman Mat Isa (019-3194869) dan Setiausaha Kerja, Azimah Soho (013-9128762). – Mynewshub.my

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena