Monday 13 February 2012

Remaja Dirogol Bekas Tunang

Remaja Dirogol Bekas Tunang



SANDAKAN – Seorang remaja 19 tahun  yang mengikut bekas tunangnya keluar kononnya  untuk membincangkan masalah dihadapi mereka  akhirnya dirogol lelaki itu di Batu Sapi dekat sini  semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Fadzil  Mohd. Ali berkata, mangsa yang dirogol pada  pukul 10 pagi itu kemudian membuat laporan  polis.
Katanya, suspek berusia 20 tahun sebelum itu  dikatakan datang ke rumah gadis tersebut untuk  mengambil mangsa kononnya bagi  membincangkan hubungan mereka.
“Namun suspek telah memandu kereta ke satu  jalan sunyi di Batu Sapi dan bertindak merogolnya,”  katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudian dirujuk ke  Hospital Duchess Of Kent untuk pemeriksaan  lanjut.
Tambahnya, pihak polis masih menjalankan  siasatan berhubung kes tersebut mengikut  Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - mynewshub

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena