0ig3w 300x200 Insiden Berdarah Kelantan VS Selangor – Penyokong Kelantan Dibaling Objek Keras

Pergaduhan penyokong Kelantan vs penyokong Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bukit Jalil semalam (14 Februari 2012) telah menyebabkan seorang penyokong Kelantan cedera di kepala akibat terkena batu yang dibaling dari penyokong lawan..

Insiden berdarah ini tercetus apabila penyokong selangor mula mencetuskan provokasi dengan menjerit “Kelantan BOD0h” pada penyokong mereka dan salah seorang penyokong Selangor bersikap kurang sopan apabila tanpa segan silu menanggalkan seluar sehingga menampakkan seluar dalam ketika Selangor menjaringkan gol menerusi Safiq Rahim.

Insiden ini begitu memburukan imej Selangor apabila salah seorang penyokong Kelantan tercedera akibat tindakan ganas penyokong Selangor dari tempat duduk penyokong Selangor.

Akibat dari kejadian ejekan dan provokasi dari Selangor, penyokong Kelantan telah menunggu mereka di luar pintu keluar penyokong Selangor namun tiada kelibat penyokong Selangor dilihat berani “tunjuk muka” di hadapan penyokong Kelantan sebaik perlawanan tamat.