Beruang Betina Ditemui Mati Di Ladang Sawit Beruang Betina Ditemui Mati Di Ladang Sawit

JERANTUT – Hasrat seorang peneroka,  Felda Kota Gelanggi Dua di sini untuk memberi  makanan kepada beruang betina tidak  kesampaian apabila haiwan liar itu ditemui mati di  kawasan ladang tersebut semalam.

Peneroka tersebut, Baba Madon, 65, berkata, dia  menemui beruang itu kira-kira pukul 5 petang  semalam dan sedih kerana haiwan itu mati  dipercayai akibat kelaparan kerana sukar mencari  makanan di ladang sawit itu.

“Saya menyediakan setandan pisang untuk  diletakkan di tepi ladang memandangkan haiwan  betina ini seolah-olah lapar dan tidak mampu  bergerak pantas.

“Walaupun haiwan itu boleh mengancam  manusia, tetapi naluri saya terpanggil untuk  membawa makanan terhadap beruang tersebut  kerana kasihan melihat fizikalnya seolah-olah sarat  bunting,” katanya kepada pemberita di Felda Kota  Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.