Thursday, 16 February 2012

Tiada alasan untuk Gigitan Cinta



KUALA LUMPUR: Leteran demi leteran seorang isteri pertama yang inginkan penjelasan mengenai ‘gigitan cinta’ di leher suaminya membawa bencana apabila dia ditinggalkan di tepi jalan, dipukul suami dan madunya sebelum diceraikan dengan talak satu.
Insiden bermula jam 8.30 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 24 tahun menikmati sarapan bersama suaminya di sebuah restoran di Rawang.
Sumber berkata, ketika bersarapan mangsa ternampak gigitan cinta di leher suaminya, lantas menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta lelaki berusia lewat 20-an itu memberikan penjelasan.

Menurutnya, apabila lelaki itu tidak memberikan penjelasan memuaskan hatinya, mangsa berleter dan mendesak menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Malu apabila pertengkaran mereka menjadi perhatian ramai, mangsa diarahkan suaminya masuk ke dalam kereta dan mereka meninggalkan restoran itu. - myMetro

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena