Tuesday, 24 January 2012

Lisa & Yusry shooting menjelang nikah



Pasangan yang sedang lalui hari-hari berdarah manis, Lisa Surihani dan Yusry KRU berganding lagi. Kali ini dalam filem Ular terbitan KRU Studios. Semakin dekat dengan tarikh pernikahan bulan depan, semakin banyak komitmen mereka.

Mungkin juga mereka selesa bergandingkan setelah mengakui bakal berkahwin. Selama ini mereka mengunci untuk bercerita secara terbuka. Sehinggalah majlis pengumuman pasalnya dibuat baru-baru ini.

Ular arahan Jason Chong. Tak kekokkah mereka berlakon sebagai pasangan kekasih di dalam filem. Maklumlan bila saling mencintai, takut nanti terbawa perasaan sebenar ke dalam filem.


Jawab sikit Yusry?

“Saya tidak rasa kekok berlakon dengan Lisa... apatah lagi kami bukannya jadi sepasang kekasih. Di luar set penggambaran pun kami profesional dan boleh bezakan di antara kerja dan perkara peribadi."

Apa kata Lisa?

"Saya sudah cukup mengenali Yusry sewaktu melihat dia bekerja untuk menyiapkan filem Vikingdom. Janganlah pula kata yang saya terima tawaran berlakon dengan dia sebab nak kenal hati budi dia dengan lebih dekat."




INILAH BARISAN KARYAWAN ULAR.
Filem sedang menjalani penggamaran di Pulau Pangkor, Perak. Ia perlu disiapkan sebelum menjelangnya hari pernikahan Lisa dan Yusry pada 23 Februari ini. Bermakna mereka perlu melunaskan kerja dulu sebelum naik pelamin.


Ular mengisahkan Myra (Lisa) seorang wartawan yang digantung kerja diarahkan membuat liputan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak menyangka tugasannya bertukar jadi bencana.

Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan tempat mereka menginap menyelinap masuk ke dalam hutan berpagar elektrik.  Ia menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh pemilik pusat itu (Namron).

Mereka sebenarnya terperangkap di sebuah pulau yang dipenuhi oleh penunggu asal pulau itu. Itulah mimpi ngeri yang dilalui oleh mereka di pulau tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena