Tuesday, 24 January 2012

Dia yang mulakan dulu-Rita




Perang Twitter antara pelakon Rita Rudaini dan adik iparnya Zaquan Adha Abdul Radzak menjadi bualan hangat bagi pengikut mereka di laman sosial itu. Ada juga blog gosip yang mengetengahkan isu itu.

Macam mana isu itu boleh timbul? Siapa yang memulakan angkara? Ada juga yang membuat andaian ada peminat yang menjadi batu api sehingga berlaku salah faham di antara mereka.



Perang tersebut bunyinya terlalu peribadi apabila posting di Twitter menyentuh hal-hal perlakuan moral orang yang diserangnya. Pasal apa agaknya Rita sampai begitu terbuka meluahkan perasaan dalam laman sosial?

Mangga Online sempat mendapat penjelasan ringkas Rita yang dikirim melalui khidmat pesanan ringkas, SMS petang ini.

Begini bunyinya:"Adik (Rita) tak tahu apa-apa pun, tiba-tiba kena serang macam-macam sampai pijak maruah dan rumah tangga adik kat Twitter. Adik diam lagi... dia (Zaquan?) melampau. Akhirnya adik terpaksa balas sikit. Baru dia nak diam."


LUAH PERASAAN
Itu penjelasan Rita yang mengakui terpaksa membela diri dengan meluahkan perasaan dalam laman Twitter miliknya apabila ada orang dilihat cuba menjatuhkannya sehingga melibatkan hal rumah tangga.

Rita juga tidak menyalahkan pihak ketiga, sebaliknya segala-galanya berpunca daripada individu yang dia maksudkan dalam posting di Twitter itu.

"Xde sesiapa pon kt sini yg laga2kn atau pon batu api, smua yg jadi atas diri sendiri, xperlu nk tuduh2 ada batu api. tkasih."

Demikian antara posting Rita dalam akaun Twitter petang ini bila mengetahui ada pihak yang membuat andaian ada unsur batu api daripada pihak lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena