222012shahrulmieraa Syahrul Azwari Sukakan Miera Liyana??



Kisah ini ada kaitan dengan pemain bola sepak negara dalam pasukan olimpik yang baru saja berangkat ke Bahrain pada malam 1 Februari lalu.Kalau bercakap tentang pemain pasukan olimpik, mesti ramai akan menyangka pemain itu ialah Khairul Fahmi atau pun Nazmi Faiz kan?
Kali ini cerita panas berkenaan berkaitan dengan seorang lagi pemain muda yang popular iaitu Syahrul Azwari yang baru saja berusia 19 tahun.Khabarnya, pemain yang berasal dari Kelantan itu menyimpan perasaan dengan Miera Liyana.
Namun, disebabkan Syahrul ini seorang yang amat pemalu, dia hanya meluahkan rasa itu kepada kenalan rapatnya saja.Pun begitu, menurut sumber, jejaka tinggi lampai ini sekadar menyimpan perasaan saja, kerana mahu memberi fokus dan cintanya kepada bola sepak sahaja.
Paling tidak pun, jika benar Miera berpisah dengan Shahrizal, mungkin Syahrul sanggup menjadi pengganti.