“Saya selalu menjadi mangsa, tolong berlaku adil pada saya,” katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.


Dalam seksyen ‘Private Sydney’ akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai “first lady of shopping’ (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya