Wednesday 15 February 2012

Pelajar 15 tahun jadi pelacur dapat RM73,317



LONDON - Seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun meraih pendapatan sebanyak £14,000 (RM73,317) dalam tempoh dua bulan setelah bekerja sebagai gadis teman sosial, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis itu seperti pelajar lain pergi ke sekolah tetapi pada hujung minggu dia bertemu beberapa lelaki untuk menjalin hubungan seks di hotel.

Dia mendakwa umurnya 18 tahun.Gelagat pelacur muda itu terbongkar apabila seorang gurunya menemui kondom dalam beg sekolahnya.

Polis kemudian dihubungi dan pelajar itu dibawa pulang ke rumah.Anggota-anggota polis menggeledah rumahnya yang didiami oleh ibu dan bapa tirinya.

Mereka menemui wang tunai £8,060 (RM42,215) disembunyikan di loteng rumah.Pada awalnya, polis mengesyaki ibu bapanya menjadi bapa ayam dan menahan mereka.

Namun, polis kemudian mendapati ibu bapa gadis itu tidak mengetahui anak mereka bekerja sebagai pelacur kelas atasan dan mereka dibebaskan.

Pelajar itu tidak ditangkap.Polis menyatakan pelajar itu menjadi mangsa keadaan.

Jurucakap polis Northumbria, Asa Anderson berkata: "Wang tunai itu dirampas selepas polis menerima satu panggilan telefon dari sebuah sekolah di mana seorang guru menemui beg seorang pelajar mengandungi beberapa barangan."

Beberapa pegawai berkata, gadis itu mungkin memperoleh pendapatan £84,000 setahun (RM251,342) jika perbuatan itu tidak dibongkar. - Agensi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena