Friday 24 February 2012

Lisa Surihani Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz


Jutaan tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry yang kini sudah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Mas kahwin yang diberikan kepada Lisa ialah seutas rantai platinum.

gambarnikahlisadanyusry (TAHNIAH)Lisa Surihani Sah Bergelar Isteri Kepada Yusry Dengan Sekali Lafaz Sahaja

Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Semasa lafaz nikah disahkan oleh para saksi, Lisa kelihatan mengalirkan air mata terharu. Untuk makluman, pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena