120209 thai monastery drink.photoblog600 300x225 Kuil Buddha , Pusat Pemulihan Dadah Terbaik Di Dunia
  • Menghilangkan masalah ketagihan dadah antara perkara paling susah untuk diselesaikan.
  • Tokong Thamkrabuk, sebuah tokong Buddha terpencil di Thailand mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah pusat pemulihan masalah ketagihan dadah terbaik di dunia dan telah menarik ribuan penagih dari Eropah dan Amerika.
  • Tokong tersebut yang diuruskan oleh sami-sami Buddha yang masih belia, menyediakan perkhidmatan pemulihan secara percuma. Sejak ditubuhkan pada tahun 1959, mereka telah menerima seramai 100,000 penagih dan 30% daripada penagih menjadi sami selepas itu. Peratus yang berjaya bebas dari dadah adalah 95%.
  • Bagaimana mereka lakukannya:
  • Sebelum diterima pesakit akan diminta bersumpah untuk menghindari dadah serta arak.
  • Pesakit hanya akan dibenarkan menerima rawatan sekali seumur hidup, jika mereka melanggar sumpah, tidak akan diterima lagi untuk mendapatkan rawatan
  • Pesakit tidak dibenarkan membawa wang ketika berada di situ.
  • Pesakit akan dilayan sama tanpa mengira status samada kaya, miskin, terkenal atau apa saja.
  • Mereka dikenakan berpakaian merah dan tidur di asrama untuk bangun awal setiap pagi mengemas dan membersihankan timpat tidur, tandas serta mencuci kawasan tokong.
  • Menekankan amalan mengenali diri dan meditasi kepada pesakit
  • Dipaksa minum ubat tonik rahsia yang diperbuat daripada 108 ramuan herba. Ramuan tersebut membuatkan penagih terus memancutkan muntah dengan laju mengeluarkan segala racun yang ada di dalam badan mereka.
  • Adakah pusat seumpama itu di negara kita? saya dengar ada pondok atau pusat pengajian Islam tradisional di negara kita yang melakukan perkhidmatan yang sama dan agak berjaya.
  • Barangkali elok kementerian kesihatan kita atau menteri kebajikan masyarakat melawat ke sana dan mempelajari sesuatu untuk diubahsuaikan di negara kita.