Sunday, 12 February 2012

Food Tasting Untuk Perkahwinan Yusry & Lisa


Tinggal kurang dua minggu lagi untuk Lisa Surihani dan Yusry KRU bersatu hati mengikat hubungan sebagai suami isteri.
Jadi, hujung minggu sebegini ada kira’nya boleh kita layan sedikit persiapan majlisperkahwinan dua orang selebriti paling menjadi perhatian ketika ini.
Dalam kenyataan media terbaru, Lisa Surihani bersyukur kerana si jejaka Yusry KRUbanyak terlibat dalam persiapanperkahwinan.
“Biasanya kalau urusan persiapan, lelaki jarang ambil bahagian dan serahkan kepada pihak wanita, tetapi berlainan dengan Yusry, dia banyak membantu. Malah semasa perbincangan dengan perancangan perkahwinan, Yusry yang banyak bersuara & memberikan pendapat sendiri,” ujar Lisa Surihani.
Beberapa keping gambar pasangan ini bersama kaum keluarga ketika hadiri sessi food tasting untuk resepsi perkahwinan mereka kiriman Zila Hakimie dari forum hiburan, Cari selepas ini. Enjoice! 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena