Sunday, 12 February 2012

Filem Minggu Ini: Safe House


Oleh Ann, PenMerah.com

Bagi mereka yang teringin melihat filem aksi yang hebat tetapi tanpa kelibat perempuan yang cantik di sisi, Safe Housemerupakan filem pilihan yang terbaik.
Gandingan mantap aktor Denzel Washington & Ryan Reynolds yang cuba membongkarkan kegiatan rasuah pihak atasan persekutuan.
Filem ini hanya bersandarkan dua hero tanpa banyak plot wanita cantik tetapi lebih menonjolkan lakonan yang berkesan tanpa membazirkan bakat pelakon sampingan yang mengisi watak dan dialog filem ini.
Pengarah filem, Daniel Espinosa membawakan penonton teruja terhadap elemen aksi menembak yang agak kejam di sekitar Cape Town dengan aksi mengejar kereta menenggelamkan watak superhero tidak menjadi yang pernah dilakonkan oleh Ryan Reynolds sebelum ini.
Safe House menjanjikan pertarungan antara pengintip biasa dengan pengintip upahan atasan yang membuatkan penonton berfikir — tiada siapa yang boleh dipercayai — dan bermain teka teki, siapakah dalang yang sebenarnya dengan skrip yang cukup berkesan.
Pertarungan sengit antara yang baik dan jahat menyaksikan yang baik bukanlah baik sebenarnya membawa imaginasi penonton lebih jauh sehingga mengurangkan elemen kecacatan filem yang sepenuhnya hanya aksi pertarungan sepanjang tayangan filem Safe House. - rotikaya

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena