Saturday 11 February 2012

Dang Suria Terima Kecaman Hebat

Kalau anda tertanya tanya siapa pemilik wajah di’sebelah ini, Dang Suria nama komersial beliau dan sejak 24 jam yang lalu kembali menjadi perhatian.
Semua’nya gara gara kelantangan mulut Dang Suria yang sebelum ini popular sebagai pengacara TV mengkritik rupa paras dan fizikal peserta ujibakat ON AIR.
Untuk yang tidak tahu, ON AIR ini merupakan sebuah program realiti yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan yang diketuai oleh Aznil Hj. Nawawi.
Episod kedua sesi ujibakat telah pun bersiaran malam tadi dengan menampilkan mereka yang hadir ke ujibakat di Johor.
Namun, pendapat peribadi Dang Suria terhadap penampilan kurang sedap mata memandang segelintir peserta telah mengundang rasa kurang senang di’kalangan penonton & peminat hiburan yang menonton siri kedua ujibakat ON AIR malam tadi. 
Tidak sekadar itu, namun penampilan terbaru Dang Suria dalam program ON AIR itu turut menjadi bahan kritikan para peminat kerana di’katakan Dang Suria mengenakan suntikan botox ke bibir.
Lebih mengharukan, ada yang gelarkan Dang Suria tidak sedarkan diri kerana berani mengkritik penampilan para peserta tetapi beliau sendiri tidak punyai penampilan menarik — lebih lebih lagi dengan ‘bibir palsu’. Eh.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena