Anak Derhaka Halau Ibu Dari Rumah Sendiri Anak Derhaka Halau Ibu Dari Rumah Sendiri

NEW HAVEN — Anak derhaka. Itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambar tindakan seorang anak, Peter Kantorowski yang mendapatkan perintah mahkamah bagi mengusir ibu kandungnya yang berusia 98 tahun daripada rumah yang diduduki sejak hampir 60 tahun lalu.

Berita sedih itu diterima oleh Mary Kantorowski sebelum dia menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan Disember tahun lalu.

Menurut Mary, dia tidak faham kenapa anaknya itu mahu dia berpindah ke rumah kebajikan sedangkan dia sudah menetap di rumah berkenaan sejak 1953.

“Di rumah inilah saya membesarkan dua anak lelaki saya dan saya juga memasak untuk gereja setiap hari. Suami saya bekerja keras untuk membina rumah ini dan dia juga mahu saya menetap di sini sehingga saya memejam mata kelak,” katanya dalam nada yang amat menyedihkan.


Berikutan keengganan Mary berpindah, kedua beranak berkenaan akan ke mahkamah bulan depan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Peter ,71, mendapat rumah itu sejak beberapa tahun lalu selepas Mary menukarka hak pemilikan kepada anaknya itu.

Bagaimanapun Peter mendakwa tujuan dia mahu menghantar ibunya ke rumah orang-orang tua ialah supaya kebajikannya terpelihara.

“Saya bukan hendak menghalaunya. Pada usia 98 tahun, saya pasti dia sepatutnya berada bersama golongan yang seusia dengannya dan menikmati makanan mengikut jadual yang ditetapkan memandangkan keadaannya selama ini tidak sempurna dan tiada siapa untuk menguruskan keperluannya,” katanya.


Namun perkara itu dinafikan peguam Mary yang menegaskan bahawa warga emas itu masih boleh menjaga dirinya sendiri dan dia juga masih memasak, malah doktor dan jururawat juga sering mengunjunginya di rumah berkenaan.

Dalam pada itu, anak bongsu Mary, Jack tidak percaya abangnya akan mengambil tindakan kejam terhadap ibu kandung sendiri.

“Sepatutnya jika dia ada masalah kewangan, dia perlu menyatakannya, bukan menghalau ibu sendiri.
“Bapa saya sentiasa melindungi ibu dan dia telah memastikan ibu mempunyai tempat tinggal selepas kematiannya,”  katanya.


Peter hanya menetap kira-kira 20 minit perjalanan dari rumah ibunya, namun dia tidak pernah langsung melawat ibunya dalam masa lapan bulan.