Wednesday 22 February 2012

Anak Amir UKAYS Meninggal Dunia


amir%2Bukays Anak Amir Ukays Meninggal Dunia

amir Anak Amir Ukays Meninggal Dunia

MH Online mendapat perkhabaran, anak kepada penyanyi Amir Ukays telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selepas maghrib malam tadi. Allahyarham Mohd Imran yang baru berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak daripada lahir dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Amir Ukays yang dihubungi MH Online turut mengesahkan perkara tersebut. “Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat akhirnya. Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Apa pun, saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian,” ujar Amir sebak.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dikebumikan selepas Isyak pada malam ini.-mediahiburan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena