Friday, 20 January 2012

Tuntutan yang tidak masuk akal -Rita Rudaini


Masih belum selesai dengan isu rumahtangga Aidil Zafuan & Rita Rudaini, kali ini Rita dikejutkan dengan sepucuk surat dari peguam Aidil yang dikatakan tidak masuk akal langsung.
Menurut mStar Online, Rita telah menerima sepucuk surat yang dikirimkan melalui peguam Aidil ketika hendak keluar dari rumah. Rita dikatakan terkejut setelah membaca isi kandungan surat tersebut yang mempunyai tuntutan tidak masuk akal.
Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung. – dipetik dari mStar Online.
Namun begitu, isi kandungan tersebut masih dirahsiakan atas sebab tertentu dan OHBULAN! juga harap bahawa tuntutan Aidil bukanlah tuntutan yang merepek sedangkan Rita masih lagi isterinya sendiri.
Rita yang kini agak kecewa dengan tindakan Aidil turut meluahkan perasaannya kepada wartawan mStar.
Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar.
Rita kini masih tinggal bersama 2 orang anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan, tanpa Aidil di sisi. Setakat ini Rita Rudaini masih lagi suami isteri dan tiada isu mereka sudah bercerai.



PPost Before “read more” And here is the rest of it

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena