
Masuk musim keenam, program realiti pencarian bakat Mentor kini menampilkan nama-nama besar dalam bidang seni suara tempatan untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana Mentor kali ini.
Meletakkan Ella, Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud, Ferhad, Adam dan Faizal Tahir sebagai tunggak utama di musim ini, mereka kini telah bersiap sedia menyusun strategi berbekalkan pengalaman dan bakat masing-masing.
Bakal mengadakan sesi uji bakat bermula 13 Januari hingga 19 Februari ini, setiap Mentor akan memberikan komitmen dengan menghadiri sesi uji bakat ini untuk memilih protoge masing-masing.

Menurut Penerbit Eksekutif/ Penerbit Mentor 6, Muhamad Sufian Isa, pemilihan enam Mentor kali ini adalah berdasarkan pengalaman dan kesungguhan mereka dalam bidang muzik.
“Terus terang saya katakan, bukan mudah untuk kumpulkan mereka, dan sememangnya mereka berenam adalah yang paling layak melahirkan protoge yang terbaik.
“Kesungguhan mereka membuatkan saya yakin mereka mampu memberi impak yang baik dalam mentor musim ini kerana masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri.
ELLA MENCARI PROTOGE YANG BERSUARA UNIK
“Keunikan program ini setiap musim adalah terletak pada mentornya sendiri, konsep bertukar mengikut rentak mereka sendiri.
“Proteoge yang layak memasuki gelanggang Mentor seharusnya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 18-26 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat, vokal mantap dan mempunyai pakej, berjaya memikat tumpuan Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuhnya komitmen terhadap program ini.
“Bagi peserta yang menghadiri uji bakat, mereka mestilah membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan di hadapan Mentor pilihan mereka,”tambah Sufian.
Kriteria yang dicari...
ELLA
“Saya tidak memilih dari segi jantina, baik lelaki atau perempuan jika dia mempunyai suara yang unik, suara yang tidak pernah lagi saya dengar sebelum ini, keterampilan menarik dan bergaya serta boleh bermain alat muzik, saya akan menerimanya menjadi protoge saya,”
RAMLAH RAM
“Sebenarnya saya tidak kisah tentang jantina, tetapi kalau boleh biarlah perempuan kerana senang untuk berurusan. Tetapi sekiranya di waktu uji bakat berlangsung dan saya rasakan ada antara peserta lelaki yang layak, saya tetap menerimanya.
“Saya tidak terlalu mementingkan paras rupa, janji vokal mereka bagus, ada kesungguhan yang tinggi dan tidak klon dengan mana-mana artis, saya pasti akan menerimanya,”
FAUZIAH AHMAD DAUD
“Saya mahukan protoge yang boleh bermain alat muzik dan membaca notasi muzik, sukakan cabaran dan tidak klon mana-mana artis.
“Yang penting mereka haruslah kuat dari segi mental dan fizikal dan mempunyai kesungguhan yang tinggi, dan satu lagi syarat wajib, mereka seharusnya boleh menyanyi lagi Macathur’s Park , nyanyian Richard Harris.
ADAM
“Keutamaan saya adalah pada mereka yang pandai menari dan menyanyi. Kalau boleh saya mahu kedua-duanya berjalan seiring, dan saya lebih mencari protoge lelaki kerana mudah untuk bekerjasama dan protoge itu haruslah mempunyai disiplin yang tinggi.
FERHAD
“Saya mahukan seseorang yang versatil dalam semua lagu, boleh menyanyikan lagu moden dan tradisonal , rancakl dan balada.
“Boleh menari, berbangsa Melayu dan boleh bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik selain mempunyai sikap yakin yang tinggi.
UJI BAKAT
Pada yang berminat bolehlah hadir uji bakat di beberapa lokasi berikut:
SABAH
13 Januari Hotel Promenade, Tawau
15 Januari Hotel Promenade, Kota Kinaballu
Sarawak
20 Januari Hotel Imperial, Miri
22 Januari Hotel Merdeka Palace, Kuching
Kuala Lumpur (Sri Pentas, TV3)
4 Februari Mentor :Fauziah Ahmad Daud
5 Februari Mentor :Faizal Tahir
11 Februari Mentor :Ramlah Ram
12 Februari Mentor :Ferhad
18 Februari Mentor :Ella
19 Februari Mentor :Adam
ELLA MENCARI PROTOGE YANG BERSUARA UNIK
0 comments:
Post a Comment