Penyanyi terkenal Ning Baizura pasti tidak akan dapat melupakan insiden ini – punggung diraba peminat!
Itulah yang terjadi kepada dirinya sewaktu sedang menjayakan rangka promosi Anugerah Juara Lagi (AJL 26) di Plaza Angsana Johor Bahru baru-baru ini.
Dia berada di sana kerana lagu Beribu Sesalan yang dinyanyikan bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah terpilih ke peringkat akhir anugerah berprestij tersebut.
Dikatakan salah seorang peminatnya yang datang telah merempuh pengawal keselamatan yang bertugas sebelum meraba punggung penyanyi itu.
Menurut laman Dailychilli.com, sewaktu kejadian kompleks berkenaan dibanjiri kira-kira 15,000 pengunjung yang hadir untuk menyaksikan promosi tersebut.
Insiden itu disahkan oleh penganjur, TV3.
” Khalayak yang ada terlalu ramai jadi agak sukar kita untuk mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab,” ujar pihak berkenaan.
Ning Baizura bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengulas kejadian itu kerana dikatakan berada di luar negara.
Difahamkan, sejak insiden itu, suaminya Omar Sharif Christopher Layton Dalton telah ‘memperketatkan’ kawalan ke atas isterinya.
Inilah antara risiko yang terpaksa ditempuh oleh mana-mana penyanyi wanita terutama yang ‘bergetah’ macam kak Ning kita ni.
Penulis difahamkan, bukan setakat diraba, malah ada penyanyi kita yang diugut termasuk diekori peminat yang taksub dengan artis pujaan mereka.
Tetapi kalau bercakap pasal raba ni, jangan kata artis, rakan penulis pun pernah kena raba sewaktu dalam tren komuter.
Dalam erti kata lain, kalau dia nak raba, tak payah tunggu Ning Baizura, makcik jual karipap pun silap haribulan boleh jadi mangsa!
0 comments:
Post a Comment