Thursday, 19 January 2012

Babak Lucah Dalam Filem Keramat?


Gua sebenarnya semakin konfius dengan tahap pemikiran pengarah filem melayu.. Dan gua semakin konfius bila dengar jawapan artis melayu yang bajet best bila bagi jawapan bodoh untuk menghalalkan perbuatan salah dorang..
Cuba korang tengok babak ghairah lakonan dalam filem Keramat.., perlu sangat ke si artis pompuan tu berkemban dan pelakon lelaki tu tunjuk perut boroi dia?
Kononnya dorang tu mengikut skrip lakonan dan terpaksa menghayati watak agar dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.. Elehhh…, dorang tu nak tipu siapa sebenarnya beb?
Aurat beb aurattt… Baik telanjang terus kalau semuanya beralasan nak ikut skrip.. Dan pengarah pun patutnya lepas ni buat skrip berasmara tanpa seurat benang atas katil..
Jangan bimbang.., kalau Lembaga Penapisan marah, bagi je alasan babak tu perlu untuk beri pengajaran pada penonton.. Mesti lepas punyalahhh…
Korang baca kat bawah ni alasan yang diberikan oleh Zul Handyblack pasal babak ghairah tu.. Sungguh meloyakan tekak gua beb…
“Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan. Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. “Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib.
“Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu,” katanya
“Niat pembikin filem hasilkan karya selain atas faktor keuntungan adalah untuk memberi kesedaran dan pengarahan kepada masyarakat. Apabila terjebak dengan ilmu hitam atau perkara negatif, akan berlakulah akibat yang kita paparkan dalam filem ini,”
So…, gua dah bosan baca alasan-alasan bodoh macam diatas tu.. Adakah artis kita ni sengaja nak memperbodohkan pembaca, ataupun sememangnya dorang tu sejak azali lagi kurang cerdik? - dinetfm

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena