Friday, 30 March 2012

Yana Samsudin Takutkan Bayi, Aaron Aziz & Owen Wilson


Kejam sangat tajuk artikel? Kami harap tidak. Tidak mampu jiwa ini menahan saman yang melanda kelak. Dan, selamat kembali para peminat Twitter Selebriti. itupun kalau ada yang peduli. Heh.

Kalau anda perasan, wajah wajah kami yang selama ini berada di belakang tabir telah tercemar duli untuk muncul di kaca televisyen.

Bukan sesuatu yang kami minta tetapi positifnya anda semua sudah tahu identiti sebenar kami & kalau terniat untuk hubungi kami, jangan segan silu. Kami mesra manusia sebenarnya, agak kurang mesra dengan ayam. Lebih lebih lagi bergoreng.

Untuk edisi Twitter Selebriti kali ini, kita semua ada Aaron Aziz sekali lagi yang kami tahu anda semua tidak pernah puas tatap wajahnya. Amy Search dan M Nasir di’atas satu sofa dan banyak lagi. Enjoice!

Read More

Sunday, 18 March 2012

Ella Akhirnya Kahwin Pilot




GEMBIRA hati Diva bila dengar bunga rock Malaysia, Ella sudah pun selesai menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac lalu. Bila tiba-tiba pergi kursus kahwin, itu tanda-tanda persiapan menuju ke gerbang perkahwinan sudah hampir benar.

Diva tahu Ella sedia maklum yang ramai menantikan nasi minyaknya dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Kata sumber yang boleh dipercayai, Ella dan bakal suami yang hanya dikenali dengan panggilan A itu sama-sama menghadiri kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara. Tapi masing-masing masih nak berahsia, ala-ala cover line sebab banyak mata yang memandang. Kalau tak silap Diva, pusat kursus itu sama tempat ceramah yang dikunjungi Lisa Surihani tempoh hari.

Kata sumber lagi, Ella dan A, seorang juruterbang itu memilih untuk menamatkan zaman bujang sebelum hujung tahun ini. Maklumlah kini ratu rock negara itu sedang sibuk dengan program Mentor yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Dengarnya upacara merisik pula pada Jun nanti.

Diva dengar buah hati Ella itu tinggi lampai dan sasa orangnya. Mesti jiwa rock macam sang puterinya juga. Lepas ini selalulah Ella terbang ke sana ke mari, sebab bakal suami juruterbang.

Diva tumpang bahagia dan doakan semoga perkenalan dan perancangan Ella berakhir dengan kegembiraan.
Read More

Thursday, 15 March 2012

Filem 7 Petala Cinta Membuatkan Diana Amir Terdetik Bertudung

Rasanya ramai yang mengetahui kisah bagaimana Diana Amir membuat keputusan untuk berhijrah memakai tudung. Daripada apa yang didengar, khabarnya Diana Amir mendapat mimpi yang serupa selama 3 hari berturut-turut. Namun sebelum kejadian tersebut, hati Diana Amir telah terdetik untuk bertudung selepas berlakon dalam filem 7 Petala Cinta.

diana amir 10 petala cinta


Ditemubual oleh wartawan Murai semasa majlis preview filem 7 Petala Cinta, Diana Amir berkata:-

Ketika mula penggambaran filem ini pada awal tahun lepas, saya belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Namun selepas menjalani penggambaran filem itu, saya mula selesa dan tergerak hati untuk berhijrah. Saya ada menyatakan hasrat tersebut kepada Azahari (pengarah) dan dia pun memberi respon yang baik walaupun agak terkejut pada mulanya. Walaubagaimanapun,selepas habis penggambaran filem tersebut, saya masih lagi belum berhijrah sepenuhnya sehinggalah saya benar-benar bersedia pada September tahun lalu.
Siapa sangka daripada sekadar lakonan sahaja berjaya menggerakan hati Diana Amir untuk memakai tudung sepenuhnya. Kalau boleh selepas ini pengarah dan penerbit filem banyakkanlah lagi watak wanita bertudung. Mungkin daripada situ nanti ada kesannya. Tak gitu?

Lagi 9 gambar terbaru Diana Amir dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada MigOnline.

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 

diana amir 10 petala cinta 
Read More

Izara Aishah Hiasi Muka Depan Majalah By'U

Awek pujaan ramai sekarang ini pada pendapat saya tak lain tak bukan ialah Izara Aishah. Semua ini kerana drama Vanilla Coklat yang telah tamat semalam. Dengar cerita ramai jugak yang hadir untuk menonton episod terakhir Vanilla Coklat di Rasta TTDI semalam. Yang hadir pastinya gembiranya kerana dapat berjumpa dengan Izara.

izara aishah

Apa yang saya kagumi dengan Izara Aishah ialah sikap keterbukaannya. Izara tanpa segan silu mengakui yang hatinya sudah berpunya. Senang cerita, dah ada pakwe la. Ini sangat berbeza dengan sikap sesetengah selebriti lain yang memang kalau boleh taknak mengaku walaupun dah kantoi terang-terangan. Saya rasa Izara faham dengan mentaliti rakyat Malaysia sekarang yang lebih memandang bakat berbanding kisah kontroversi.

Apa pun jangan lupa dapatkan majalah By’U keluaran April 2012 yang sedang hangat di pasaran kerana ada Izara Aishah selaku cover. Kepada Izara, saya doakan kejayaan anda di dalam bidang lakonan. Kekalkan sikap merendah diri, bebas kontroversi dan paling penting, teruskan mendalami ilmu lakonan sebanyak mana yang boleh.
Read More

Kelantan Seindah Namamu-Puisi Oki Setiana Dewi

oki setiana dewi

Paling menarik, Oki Setiana Dewi sempat mendeklamasikan sajak yang selepas program Bicara Selebriti. Sajak seperti di bawah ini menceritakan tanggapan Oki Setiana Dewi terhadap negeri Kelantan.

oki setiana dewi

Oki Setiana Dewi yang sememangnya bercita-cita menjadi artis semenjak kecil pernah membatalkan hasrat tersebut apabila mula memakai tudung pada usia 16 tahun. Namun begitu ternyata rezeki Oki Setiana Dewi masih terbuka luas walaupun bertudung apabila ditawarkan untuk berlakon filem Ketika Cinta Bertasbih. Kini selain berlakon, Oki Setiana Dewi turut aktif menulis dan aktif berkongsikan pengalamannya di ceramah-ceramah.

oki setiana dewi

oki setiana dewi

oki setiana dewi

oki setiana dewi

oki setiana dewi

oki setiana dewi

oki setiana dewi
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© nadiaelias.com, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena